Al-Fatihah

Found this message while browsing through the internet.

Doakan kesejahteraan buat rakan kita Salisa Salleh yang telah kehilangan suami tercinta tanggal 16 Mei 2006 lepas. Semoga Lieyssa diberikan kekuatan dan ketabahan untuk terus menghadapi hari-hari mendatang.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat suami rakan kita ini, Allahyarham Mohd Ahsan Rosli bin Bain.

AL-FATIHAH


-ghaz

Salisa Salleh <lieyssa@yahoo.com> 05/19/2006 09:22 AM

Subject: Jemputan ke Majlis Tahlil - Mohd Ahsan Rosli

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh....

"Things happen each day, many of which are beyond our control.... Let us treasure every moment and everyone in our lives.... Tomorrow may never come; give and accept what you have today."

Khas buat tatapan setiap insan yang mengenali al-Marhum Mohd Ahsan Rosli bin Bain yang telah kembali ke Rahmatullah tanggal 16 Mei 2006 pada jam 11.31pm.

Al-Marhum meninggalkan saya di usia perkahwinan saya baru mencecah 9 bulan 22 hari. Dugaan Allah yang besar untuk saya, namun teramat besar untuk 3 permata hati Al-Marhum, Najihah, Thaqif dan Shafiqil Wathiq, yang kehilangan mama pada tahun 2004. I have to be strong for them.

Syukur Alhamdulillah, saya sempat menjaga Al-Marhum sepanjang Al-Marhum sakit. Ke mana sahaja al-Marhum pergi, saya sentiasa berada di sampingnya. I tried to spend as much time together as possible with him. Semoga al-Marhum turut merasakan sepenuh kasih, sayang dan rindu saya pada setiap detik ketika saya bergelar isteri kepadanya. Semoga Al-Marhum redha saya sebagai isterinya.

Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Saya amat bertuah tidak perlu bersengkang mata seperti ibu-ibu lain, tidak perlu melalui kesakitan bersalin, tidak perlu berjaga malam kerana anak kecil merengek. Saya dianugerahkan anak-anak yang hanya perlu dibelai, diberi perhatian dan kasih sayang, juga dijaga dan dibentuk sebaik mungkin. Semoga kasih sayang yang masih tersisa selepas pemergian al-Marhum cukup untuk menjadikan saya ibu terbaik yang dikasihi anak-anak.

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan al-Marhum yang cukup banyak membantu. Mungkin sesi perkenalan ini agak terlewat, namun semoga ikatan silaturrahim yang terjalin akan berkekalan. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa yang dicurahkan sewaktu al-Marhum menghadapi hari-hari terakhirnya.

-snip-

Semoga Allah menganugerahkan saya kekuatan untuk mengembalikan semula kebahagian anak-anak saya bersama mama dan papa mereka yang terputus pergi mengadap Illahi Rabbilizzati.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-fatihah.

P/S: Pls forward this to all al-Marhum's friends, untuk rakan-rakan IBM, rakan-rakan Srikandi Tun Fatimah, rakan-rakan ADP3 PPP/UiTM.


Comments

princessren said…
I'm so sorry for your lost Lisa. May his soul rest in peace. Amen!