ADP3 REUNION: there is always a first time

Monday, August 07, 2006

Autokratik Terpimpin (2)

Email daripada Amy NO3. Aku publish kat sini gak ek. Information relevant untuk semua orang.


Aku ada soalan la yg aku harap korang leh jawab [...] ada gak kawan2 ADP3 yg dulu sempat 1 semester je? So, ada yg segan takmo join…tapi bagi aku, as long as they had gone through ESL dgn kita dulu, kira ADP3 la kan? And we still remember them apa? I mean no limit kan saper nak join reunion ADP3 sbb main concern is kita nak gather kawan2 semua kan?


ghaz: Ko tersangaaaaatlah betul Amy. Bagi aku, dan yang lain2, kitaorang di sini bukan nak membeza2kan ko sapa ko. Ko lama ke kat PPP tu atau sekejap. Ko grad dari UiTM ka bukan. Itu soal yang paling tak penting. Yang penting bagi kitaorang, kita nak merapatkan semula hubungan persahabatan yang kita jalin bermula 5 June 1995 lepas. Itu tujuannya pun (ghaz: selain, of course bagi ruang untuk aku gila kuasa semula. muhahaha.). Makna kata, kalau ko ada kad matrik PPP/ITM yang start 9503..., makanya, korang semua adalah salah seorang daripada keluarga besar ADP. Jangan2 malu. Buat apa nak segan2.

Aku harap geng2 yang lain, please make them - whoever they are - comfortable ek.

Aku nak quote apa Kaza cakap:

Walaupun sapa korang.... Takde hal punya lah.... Janji korang pernah pakai matrik kad PPP... And pernah nampak / pakai baju "Living in the fast lane" (ghaz: baju yang mana ni. aku tak ingat. yang aku ingat cuma baju itam, We're aliens!) .... You guys are welcome


5 Comments:

  • boleh tak sesape yg dekat ngan PPP untuk mintak senarai semua pelajar ADP3. Aku rasa mesti dorang ada simpan lagi....my 10cent suggestion...

    By Blogger kamadean, at Mon Aug 07, 04:21:00 PM  

  • amy...aku sokong 110%! takde istilah malu ke apa ke...janji pernah register as ADP3..kita just nak gather kwn2 lama..but ada gak sorang kwn aku nih segan...camne nak wat ekk...;-)

    By Anonymous mas, at Mon Aug 07, 07:26:00 PM  

  • Diaorg layan ke Kama kalau kita minta camtu? Nak kena surat ke apa ke dak? Korang draft ah, aku leh print and pegi PPP, no hal..20 minit jek dari ghumah aku..
    Tapi Kod, ko simpan lagi dak buku UPP tuh? Dlm buku tu ada kan? Aku simpan lagi buku tu tapi kena carik pelusuk dunia la..

    By Blogger Amy, at Mon Aug 07, 08:11:00 PM  

  • buku time ESL tu ke?yg ada gbr2 class ke?aku ada but kat melaka..eh ko stay mana skrg??

    By Anonymous mas, at Mon Aug 07, 09:42:00 PM  

  • aku dah tak tau kat mane buku tu dah....

    By Blogger kamadean, at Tue Aug 08, 09:53:00 AM  

Post a Comment

<< Home