Sekupang dua .. apa nak kira sangat

Guess what, people, they discussed about you and I in Parliament, no less [ see Hansard, Dewan Negara, 27 May 1998]:

Dato’ Haji Ahmad bin Ismail: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membuat soalan tambahan, memandangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut sehingga tahun 2000, jadi kita hendak pastikan bahawa graduan-graduan yang keluar nanti adalah graduan-graduan yang lulus. Kita juga tidak mahu graduan dibebankan kerana baru-baru ini hasil dari kegawatan ekonomi pelajar-pelajar yang dimasukkan dalam American Associate Degree Programme di PPP-ITM, Shah Alam yang tidak jadi pergi ke luar negeri telah mendapat surat dari JPA kerana mereka terpaksa membayar hutang sebanyak RM45,000. Kita rasa ini membebankan kerana kalau pelajar-pelajar ini dimasukkan ke dalam universiti tempatan mungkin mereka hanya perlu membayar pinjaman sebanyak RM20,000 mereka telah menghabiskan masa selama 2 ½ tahun dan kalaulah sepatutnya mereka pergi ke universiti di Amerika Syarikat mereka akan masuk ke tahun ketiga, sekarang mereka akan masuk tahun kedua di universiti tempatan sedangkan masa 2½ tahun mereka hanya akan mendapat sekeping sijil. Bagaimanakah pihak kerajaan boleh membantu pelajar-pelajar ini barangkali mengurangkan pinjaman terhadap mereka.


Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Tuan Yang di-Pertua, ada dua perkara, yang pertama pelajar-pelajar kita yang telah mengikuti kursus di PPP atau persediaan terutama sekali seperti di ITM apabila timbul masalah kegawatan ekonomi kita ini mereka ini kita ikhtiarkan dengan cara memasukkan mereka itu ke universiti-universiti terutama kebanyakannya di universiti swasta yang terdapat dalam negara kita ini mengikut kursus masing-masing. Pelajar-pelajar ini semuanya ditaja oleh JPA, itu satu.

Kita sedar tentang kadar bayaran yang dikenakan oleh universiti-universiti swasta dan ini antara perkara-perkara yang perlu dirundingkan dengan pihak-pihak yang berkenaan itu supaya pelajar seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tidak dibebankan sangat dengan masalah pembayaran yang dikenakan dalam satu-satu kursus dan kita percaya melalui cara ini dapat, kalaupun tidak diselesaikan, tetapi dikurangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar.


Aku nak pi cari Eddie Taiko sat. Hanya Eddie Taiko yang boleh settle benda2 cenggini. Kan ET kannnnn.
hik hik hik


Comments

sumpit said…
wahhhh, tak sangka eh ada jugak orang ambil berat pasal RM45k tu, walopun sekarang dah dikurangkan, tp still byk gak....

budak2 yg balik US 10 thun lepas pun still JPA tak kejar, kita yg baru setahun jagung (and some still tak abis blajar, like yours truly ni) jugak diorg nak kejar, give us some time laaaaa....