ADP3 REUNION: there is always a first time

Thursday, August 03, 2006

Wajah kesayangan hamba (9)

From Nadiah Abdul Mukhti (NO2)



Ingat lagi tak pada si Nadiah ni. Kelas N02. Walaupun dia ni sebenarnya baik (terutamanya kalau korang buat groupwork ngan dia, boleh goyang kaki ooooo .. hikhik), tapi dulu2 dia cam cenge/garang sikit . Sekarang ni dia dah berubah dah. Dah semakin friendly dah. Almaklumlah, sekarang ni dia dah jadi businesswoman. Kalau garang2 mau semua client lari.

Aku baru tadi sembang ngan dia kat YM. Alhamdullilah, dia sihat. Dan, dia cakap kat aku baru ja buka business travel agency baru 1 July 2007 lepas. Nama company dia Sayu Travel & Tours Sdn Bhd. Kat Unit No. 19-11-1 Menara UOA, depan Aquaria KLCC. Kelasss kan location business dia ni. Nah, nombor telefon dia kalau korang ada hajat nak gi melancong ka cuti2 ka: 03-21611933 .. Mintak diskaun banyak2 sikit ... hikhik

Setakat mana yang kita boleh tolong kawan2, kita pakat2 la tolong. Kannn.

Nadiah tadi kongsi gambar family. Aku pun kongsi la ngan korang. Dia dah ada 3 orang anak. Semua lelaki. Dan, semua pun cute2.

Ada ka patut dia tanya aku, bila aku nak kawen? Bila tiba masa yang sesuai, nanti aku panggil press conference umumkan majlis tu .. buat masa sekarang, biarlah rahsia. :P


Yang ni, yang sulung: Muhammad Emir Danial

Anak no 2 ni, nama dia: Muhammad Emir Farhan

Bongsu of the three bros: Muhammad Emir Ezzat


p/s: gambar2 korang lain tu, nanti ek kitaorang upload. aku upload gambaq jadi kecik, tak best. kena tunggu Mary gak. cayunkk Mary. hikhik

21 Comments:

  • Nadiah, kalo hang tgh baca ni,...aku rindu la kat honda civic ko yg comell! hahaha...

    -nadia- ('nadia' without the 'h'..kata kwame ampofo boateng)

    By Blogger Nadia, at Thu Aug 03, 04:23:00 PM  

  • Wehh nadiah.. ni aku, izwa.. come-come anak ko... aku pulak 2 orang anak dara...boleh la kita kenen-kenen.. by the way aku dah ada kat hq,kl.. bagusnya hang bukak bisnes.. aku tak pernah terfikir & tak boleh imagine hang jadik businesswoman..ahaks... congrats..

    By Anonymous Anonymous, at Thu Aug 03, 05:31:00 PM  

  • izwa; nnt ko hantar gambar ko satu family ngan gambar anak2 dara ko tu. boleh aku jadi matchmaker ... hikhik

    By Blogger Ghaz Sanusi, at Thu Aug 03, 05:39:00 PM  

  • eh?? bukan nadiah mukhti ni bawak honda accord putih ke? seingat aku laaa..

    By Blogger abu_harraz, at Fri Aug 04, 08:18:00 AM  

  • izwa: pian, betul la tu.. nadiah yg bawak honda..dia yang dulu jauh beza dengan sekarang.. kau pulak pian camane.. still aktif silat ke.. dulu ko selalu ngusik aku ngan peanut..
    ghaz, aku memang nak letak gambo tapi aku takde scanner.. nanti la aku try carik mana-mana...

    By Anonymous Anonymous, at Fri Aug 04, 10:46:00 AM  

  • hi nadia!
    x tau la hang ingat lagi ke x dgn aku..or perhaps u refused to remember me :(
    anyway,memang comel belaka anak2 hang..
    tkc!

    By Anonymous k'on, at Fri Aug 04, 01:24:00 PM  

  • Hello Nadia, Izwa, K'on, Hac..

    Apa habaq???!! Lama tak dengaq berita nooo...

    By Blogger nadiahmukthi, at Fri Aug 04, 01:37:00 PM  

  • Tapi Hac, nick ni aku tak brapa nak ingat...Nama penuh apa??? Sorry no....dah lama...otak pun dah karat...

    By Blogger nadiahmukthi, at Fri Aug 04, 01:38:00 PM  

  • nadiah : sapa hac?
    hehehe..
    nama saya hucs (nama cyber je, takde org panggil hucs pun kat alam maya ni)..
    ko tak ingat aku kot...

    ida : hehe..kabor baik..dgr citer hang dah anak dua..
    alhamdulillah...
    tau tak hucs tu apa?? teka sendiri...

    By Blogger abu_harraz, at Fri Aug 04, 02:58:00 PM  

  • weh nadiah..apa crita...hang guna no henpon lama ka dh tukaq yg baru?

    By Anonymous yanti, at Fri Aug 04, 04:08:00 PM  

  • si nadiah ni dulu kan, kalau bawak keter honda putih dia tu cam pelesit laju dia. yo or or je ingat bawak kat track.

    aku tau kenapa? sebab dia nak melarikan diri dari arman, secret admirer dia dolu2, sebab tu laaa dia bawak laju2.

    la la la la laaaaaa

    By Blogger Ghaz Sanusi, at Sat Aug 05, 01:06:00 AM  

  • Hucs...sorry, typo errorlah....post la hang punya gambaq..nanti mesti aku cam muka punya.

    woit..nadia..aku punya keta honda civic tu agaknya kat keling botol dah kot...hehehe...aku pun tak tau apa dah jadik, pak aku pi buang tang mana...

    By Blogger nadiahmukthi, at Sat Aug 05, 06:21:00 PM  

  • Yanti, ni nombor baru aku, 017-2470462...comei anak hang nooo...

    Ghaz: La ni pun aku bawak lagu tu jugak...tak kena mengena ngan dia tau...ish....tak sayang mulut tul...arman tu kat mana la ni ek?

    By Blogger nadiahmukthi, at Sat Aug 05, 06:24:00 PM  

  • nadiah: "post la hang punya gambaq..nanti mesti aku cam muka punya"

    gambaq dia dalam page ni dah bersepah2 dah .. aku tak tipu .. kalau hang nak tengok dia ensem sikit kalu, hang kena tunggu hari rabu. sbb tiap2 hari rabu hari koleq sedoniaaaa .. hahaha

    By Blogger Ghaz Sanusi, at Sat Aug 05, 10:03:00 PM  

  • nadiah,
    hahahahaha..kelin botoi? ok la tu..tapi keta tu cukup berjasa kat ramai org, termasuk la aku yg slalu gak tumpang hang dulu..heheh..(ingat tak kona baring baikkkk punya kat induk nun?)...anyway, betui la aku ckp kan? honda civic? bukan accord kan?..;-)...

    By Blogger Nadia, at Mon Aug 07, 12:10:00 PM  

  • hidup la nadiah!racer mum!

    p/s:anak hang esp yg no.2 tu sebijik mcm muka hang no!
    jom kita jumapk jom

    By Anonymous k'on, at Tue Aug 08, 11:50:00 AM  

  • Nadia,

    mula2 kan aku pakai honda civic tu, lepaih tu, asyik rosak ja, aku pakai pulak keta honda accord silver tuh...

    By Blogger nadiahmukthi, at Tue Aug 08, 04:11:00 PM  

  • K'on,

    Boleh ja, cakap la bila? aku punya opis dekat ngan Aquria KLCC tuh, hang punya opis kat mana lak?

    By Blogger nadiahmukthi, at Tue Aug 08, 04:12:00 PM  

  • huhu... dah business woman dah ek... and cute kids you got there... (isk... rasa macam aku sorang aje budak NO2 yg tak kawen lagi...) anyway, zul sekarang tgh nak cuba ingat siapa lagi dalam kelas NO2 ni... kira jejak kasih gak lah... serious tak ingat sesiapa...

    By Anonymous azizul, at Sat Aug 26, 01:58:00 AM  

  • wah! dah jadi businesswoman lah... by the way... your kids are really cute... seronok dgr rakan sekelas dah successful sekarang... (macam jejak kasih pulak)... apa2pun ni tgh cuba mengikatkan balik classmate NO2 nie... serious tak ingat siapa2...

    By Anonymous azizul, at Sat Aug 26, 02:08:00 AM  

  • isk... ter post dua kali... nak buat camne... pc ni sama bengap cam tuan nye... abis terpaksa re-type dua kali... soweeee....

    By Anonymous azizul, at Sat Aug 26, 02:17:00 AM  

Post a Comment

<< Home