ADP3 REUNION: there is always a first time

Friday, August 18, 2006

Another poll.

Setakat mana yang boleh, kitaorang cuba nak memaksimumkan kehadiran ke majlis reunion tu. Nak satisfy semua orang itu mustahil, tapi kita boleh cuba.

So, minta cuba korang berikan feedback mengenai undian ni:


Except on public holidays, do you go to work on Saturdays?
Rationale: We just want to look at other alternative dates; other than on national public holidays.


Except on public holidays, do you go to work on Saturdays?
Yes. I work on all four (five) Saturdays
Yes. I work on 2nd, 3rd and 4th Saturdays
Yes. Only on the 2nd and 4th Saturdays
No. My office is closed on Saturdays
Free polls from Pollhost.com

Wednesday, August 16, 2006

Tarikh Reunion

Ayu tanya:
Ghaz..bila nak discus2 bila nak buat reunion? ker still dalam process menjejak kasih adp3?

Aku jawab:
Orait. Ikut2 perkiraan aku, tarikh yang AKU RASA paling sesuai untuk reunion kita adalah pada hari Sabtu, 2 JUN 2007. Hari tu nanti adalah cuti umum Hari Keputeraan SPB Yang diPertuan Agong.

Apa yang kitaorang cadangkan adalah program reunion satu hari. Pada sebelah paginya, ada program berbentuk family day. Yang kitaorang nak buat adalah planned activities cam games dan sukaneka. Ada aktitivi yang melibatkan mak bapa dan juga untuk anak2. Personally, aku prefer 'planned activities' sebab kalau tak de aktiviti2 cam ni, mahunya semua mak bapak berkepit dengan keluarga dan anak masing2. Tak de interactions pulak nanti. Kalau ada pun, antara geng2 kecil sesama sendiri aja.

Sebelah petang free. It is up to you guys la nak buat apa2. This is when free activities can take place. Including, going for a swim. :p

Dan, pada sebelah malamnya pula, acara highlite: dinner. Time ni, biasaklah - cam mana2 dinner gak lah. Aktiviti makan2, performance, sesi cabutan bertuah dan sesi photography things like that.

(Disclaimer: Ini bergantung kuat kepada the number of volunteers. Masing2 pun ada kerja kan. The more people chip in to help, the lighter the work. Kalau volunteer tak ramai, so scale reunion pun kecil lah.)

Anyway, cubalah korang tengok kalendar kat bawah ni, kot2 ada yang nak cadangkan tarikh yang lain. Cam aku cakap, tarikh tu masih boleh dirundingkan.


Dalam tu ingat juga ek, kasi cukup masa untuk kawan2 dari luar KL untuk travel dan rest.

Dan, bila korang dah berpuas hati, please vote kat bawah ni. Kitaorang nak tahu samaada tarikh ini sesuai atau tak. Kalau ada apa2 nak komen atau nak kasi cadangan, please leave them in the comment box.

Yang penting, tolong beri response. Otherwise, we wouldnt know.


Tarikh Reunion: Sabtu, 2 Jun 2007
Setuju
Tidak Setuju
Free polls from Pollhost.com


Wajah kesayangan hamba (31)

About Raja Azhar Raja Othman (RR)


Kepada sesiapa yg mengenali Raja Azhar Raja Othman (RR) yg brutal macam Rob Flynn Machine Head, sekarang ni dia ada buat short film seronok-seronok dengan kawan PPP dia yang selalu dia jumpa, Apan dan Zan (zan budak mcc masuk ppp lepas kita semua tak dapat fly).

Filem pendek dia ditayangkan di HELP Institute pada hari isnin hari tu (7hb Ogos) dan ramai orang gelak ketawa ketika filem itu ditayangkan. Kemudian curator tayangan itu, iaitu Amir Muhammad (Lelaki Komunis Terakhir) bagitau kat RR yang filem dia terpilih untuk tayangan di Singapura (Singporean Film Exchange) kat Substation.. Apan ngan Zan pun nak join.


Itu saja lah kisah RR baru-baru ini..... Ohh... dia juga bekerja di kompeni jurutera di USJ dan masih brutal macam dulu (kalau sesapa carik gaduh, dia akan pukul ngan gitar kapok sampai pecah).

Korang boleh download kat sini movie dia tu... (dan movie apan dan zan jugak): http://www.outphace.com/

Undangan ke Majlis Tahlil

From Salisa Salleh

Sekadar menyampaikan pesan.

***
Assalamualaikum,

Hari ini genap 92 hari Allahyarham Mohd Ahsan Rosli meninggalkan kita. Saya ingin menjemput saudara/saudari untuk meramaikan Majlis Tahlil yang akan diadakan seperti berikut:

  • Hari & Tarikh : Khamis, 24hb Ogos 2006 (hari ke-100)
  • Waktu : Selepas Solat Maghrib
  • Tempat : Masjid At-Takwa, Taman Tun Dr Ismail (See Map)
Diminta kerjasama kawan-kawan untuk memaklumkan kedatangan anda (ghaz: tel: 019-2152177 / email: salisa@my.ibm.com) bagi memudahkan pihak saya dan rakan2 menyediakan hidangan ringan. Semoga kehadiran saudara/saudari akan menambahkan lagi keberkatan majlis.

p/s: Kindly help to forward this mail to all Allahyarham's friends, rakan2 Srikandi Tun Fatimah dan rakan2 ADP3 PPP/UiTM.

"Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar"
(Surah Tohaa ayat 82)

Tuesday, August 15, 2006

Retro

Unsorted.

Source: Apan


Source: Rabiatul

Wajah kesayangan hamba (30)

From Al-Jefri Habib (NO5)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada yg masih mengingati aku terima kasih...


Seperti yg hang kehendaki (ghaz: aku tak paksa kaaaaan), nielah kisah aku... Aku dulu kelas NO7 sebelum dimasukkan ke kelas NO5... Lepas tak dapat fly dulu, aku masuk UIA ambil accounting sama ngan munzir ngan jue... abih je uia, aku join LHDN kat jln duta sehinggalah bln 9, 2002 aku kena lak posting ke caw jb sampai bln 11, 2005.

Setelah puas merayu dihantar ke Sarawak (ghaz: apasal ko merayu nak dihantar ke Sarawak? nak elaun wilayah ka? atau suka2 nak naik kapalterbang? hehe), akhirnya aku dapat gak dihantar bertugas di Limbang, Sarawak. Walaupun sini mcm terpencil disebabkan dikelilingi Brunei.

Aku kawin pada 11/12/2005 kat sg buloh sekarang nie tengah menunggu kehadiran waris sulong dijangka bulan Jan 2007 nie (ghaz: tahniah. sama2 kita doakan kandungan itu sihat)..

itulah serba ringkas riwayat hidup aku...

Bersama isteri tercinta, Russhahida binti Sharudin

Monday, August 14, 2006

BIRTHDAY WISHES!


Happy 29th Birthday

Sadry

Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

xADPians Community Service

ONLY FOR ADP3ians


Yes. Yes, I am allowing public announcements or notices or advertisements yang ada kena-mengena ngan geng2 ADP3 kat sini. So, kalau ada sesiapa yang nak announce majlis bertunang ke, kahwin ke, birthday anak ke atau nak mencari jodoh ka, just drop me an email. Nanti aku consider.

One condition: jangan sampai tukar blog ni jadi ruang Iklaneka cukuplaaa ek.

***
Hubby and I are selling off our cars so please spread this to all your friends ya, who knows some of them (or maybe you!) might be looking for good conditioned 2nd hand cars…

Details of car No.1:

Details of car No. 2:

Make: Proton

Make: Citroen

Model: Iswara 1.5 Auto Sedan

Model: Xsara 1.6 Manual Coupe (2-door, limited edition)

Colour: Cosmic Grey

Colour: Gold

Year: 2003

Year: 2000

Mileage: 60k+ (considered low for a 3-yr old car)

Mileage: 170k+

Price: RM25,000 neg.

Price: RM32,000 neg.

Remark: Engine is still in very good running condition. Never missed a service before. 1 lady owner who takes good care of her car.

Remark: Very good continental car – engine, interior and exterior still like new. Taken care of by a car lover so expect only the best. Uses MAK rims (apparently a good brand for rims). Accident free.

Details of seller:

Name: Zeeda Yazid
Mobile
: 012-215 0087

Details of seller:

Name: Jimmy Harris (or Zeeda)
Mobile
: 012-20 777 99

Reason selling: Nothing to do with the cars i.e. nothing wrong with them. We’re getting a new car, that’s all.


(ghaz: dapat jual keter2 ni nanti, boleh la contribute to reunion fund sikit ekk .. hikhikhik)

Wajah kesayangan hamba (29)

From Nazif Emran Farid/Onn (SO1)

Update:

Assalamualaikum kepada semua,

Aku tak pandai buat karangan pasai diri aku, tapi pasal Ghaz seorang yang garang dan brutal, maka terpaksalah aku menulis sedikit coretan. Aku dulu ditakdirkan Allah dapat fly ke University of Southern California di Los Angeles, sekali dengan Yasz (S01). Grad Dec 99, balik Malaysia kahwin (bulan yang sama), dan terus sambung Masters kat Adelaide University, Australia. Cuma disebabkan factor-faktor tertentu, aku belum berjaya habis lagi sampailah sekarang. Doakanlah supaya aku habis cepat supaya aku boleh balik untuk kacau kehidupan korang sumer.

Anak dah dua (Thoheer – 6 tahun, Muhsin – 2 tahun), tapi expecting another one in the next few weeks (ghaz: tahniah Onn. nanti dah deliver update kitaorang ek). Bini aku Nor Azyati Yusoff, kerja sebagai doktor kat sini. Best gak jadi sura rumah – aku asyik dok lepak kat rumah aje sambil buat thesis aku dan menjaga anak. Aku balik nanti insya-Allah akan tinggal dengan mak bapak aku kat Kajang (takde duit nak beli rumah). Sesiapa yang lalu Kajang, boleh telepon aku – aku belanja satay.

Itu jer. Miss you all so much (only the guys). Semoga Allah pertemukan kita sumer. I already know I won’t get to meet Jeff and Bob, two guys I remember perfectly because of their shining personalities.

Onn


Original entry:

Pictures received from Onn.

I'll get him to write an update later. Gambar dulu nooo.

Sunday, August 13, 2006

Orang Pandamaran Penang Klang ..

Update:

Orang Pandamaran Pening Klang request gambar yang ni aku postkan dekat sini. Here we go: Nur Qistina binti John dengan daddynya, John.


Original entry.

Gambar ini aku "curik" dari Friendster Apan. Saja nak tunjuk orang Pandamaran Penang Klang tu; sebab dia kasi aku gambar wife dan anak dia ja. Gambaq dia belum lagi. So, terpaksalah aku curik gambaq ni. Sorry ek Apan.

Sihat noooooo hang!