ADP3 REUNION: there is always a first time

Saturday, August 05, 2006

Those were the days ..

From Mas Aida Rahim (NO5)

Teringat zaman dulu2

Gath @ KFC … bestnye time tuh..

Picture taken after rehearsal for convocation

Ni on the day nak gi trip to PD after final exam (degree yr)

@ PD with friends

Small reunion @ Shan’s wedding…

Picture taken with Arwah Bob @ Shan’s wedding…Dec ’03.

@ Kuala Woh, Perak

Alynn, Mas, Oja + Hiemash

Hope to see you again ..

Yatti wedding reception

From Haryati Daud Heijn (NO1)

Yatti dah kahwin 2-3 tahun lepas. Iyalah, anak dia Arianna pun dah 1 tahun lebih dah kan. Anyway, recently I asked her to send me a few of her wedding pictures. Iyalah, most of us did not make it to her wedding reception in Penang. Earlier tonight, I received from her these two wedding pictures.
Biasalaaahkan, what Ghaz wants, he will get it.

Presenting to you, ladies and gentlemen, Mr. and Mrs. Heijn.


Cantik kan!

With her husband, Steve

Wajah kesayangan hamba (18)

From Badrul Hisyam Ab. Lah Sani (NO1)



Dah cam aku citer2 pasal kroni2 aku kat NO1 ja. Jangan salah faham nooo. Aku upload as and when aku terima email2 dari geng2. So happen, geng2 NO1 yang menghantar, so aku tunaikan tanggungjawab aku lah. Kalau geng2 NO1 aku tak kasi support kat aku, tak tahu lah nak citer.

Anyway, cam korang suma, aku pun dah lama sangat dah tak jumpa si Bad ni. Lama sangat2 lama. Ni pun aku ter-ber-jumpa dia dalam Friendster awal tahun ni. Alhamdullilah.

Ada dua benda yang aku tak boleh lupa tentang Bad ni. Satu, passion dia terhadap high speed, luxury cars. Asal ada je presentation, nah ko, dengarlah dia bercerita tentang kereta. Dan satu lagi, ni kes telepathic tahap langit ke tujuh. Kan dulu2 banyak sangat kuiz kan. So, in one of the quizzez, si Bad ni berjaya menjawab soalan kuiz 100% correct. Tapi yang lawaknya, dia jawab sebijik2 untuk soalan orang sebelah - Lieyssa. Ms Niza bijak. Dia selang selikan soalan. Terkantoi la di situ.

Anyway tu citer lama. Sekarang sahabat kita ni dah jadi orang besar. Besar title dia, Executive Director/Chief Financial Officer untuk beberapa companies. Yang ada "Mantap Makmur" kat nama syarikat tu, aku rasa tu semua dia punya lah. So, sapa2 yang nak beralih angin kerja tempat baru ke, boleh la kenen2 ngan Bad. Tapi, jangan lupa 20% commission aku. hikhikhik

Asal dari Klang dan masih lagi tinggal di Klang. Dia dah kahwin dah. Ada anak seorang. Nama anak dia pun best: Badrul Aiman Ezqandar bin Badrul Hisyam.


Daddy + Son

Badrul Aiman Ezqandar bin Badrul Hisyam (1 1/2 tahun)

Bad's family

Friday, August 04, 2006

Lihatlah dooonia .. (amacam Zied? ok tak title ni?)

From Ghazari Amri Sanusi (NO1)


AKHIRNYA. Akhirnya ada gak orang yang nak tahu camne aku lepas2 time ADP hari tu. Walaupun serata blog ni penuh dah dengan link2 ke page2 aku (yes azwar, aku dengan tak malunya mem-promotekan diri sendiri), tapi ada gak yang masih bertanya.

Untuk tak menghampakan request, aku letak sekeping je gambar ni. Yang lain2, korang tengok kat sini. Oh yes, proses pengembangan sedang berlaku ke tahap maksimum. Besar bapak dah aku ni. Saiz perut jangan nak citer aaa.

Pada mereka yang belum tahu, aku kerja dengan Bank Negara Malaysia. Lailatul Akma Mohd Shukor (NO6) and Nooranita Yunus (NO2) pun keje BNM gak. Diaorng boleh la jadi Gabenor, aku apa adaaaaa.

Belum berkahwin; meskipun tahun depan ja dah masuk 30. Oh mak aku dah tanya banyak kali dah dan in fact dah nak perkenalkan dengan nurse mana tah, tapi aku buat donno ja. :P

Macam Siti la juga, bila sampai masa yang sesuai, aku panggil press conference. Aku umumkan. Buat masa ini, biarlah rahsia.

Tak macam kawan kita ni yang sedang buat PhD kat among the top 10 economics school in world/Australia, aku sambung kat universiti biasa ja kat UK ni. Dah 3 tahun dah, insya Allah, tahun depan aku balik lah for good. December 2006 aku balik kejap ke Malaysia sebab adik bongsu aku nak kawen. Tinggallah aku sorang2 ja dalam family yang belum berkahwin.

Last. Aku nak clarify sikit ja. Dalam dua tiga email yang aku terima, si pengirim kata dia kenal aku sebab aku "used to be gila kuasa boy". Pembetulan. Salah sangat tense korang tu. Bukan "used to be" lah .. tapi sebetulnya, masih, STILL IS gila kuasa.

Kalau aku dah tak gila kuasa, aku tak ler nak organize reunion ni semua. Kan Sad kan. Kan Mary kan.

Muhahahahahaha ...

Wajah kesayangan hamba (17)

From Zieda Yazid (NO1)


Antara awek2 happening time ESL/ADP dulu: Zieda Yazid (NO1). Skarang ni pun maintain happening gak, albeit dah kahwin ngan jejaka hensem kat atas tu. Oh, his name is Jimmy Harris Abdul Rahman.

Diaorang baru ja kahwin (ghaz: bila ek .. tak ingat la. yang pasti, time dia kahwin tu aku kat Malaysia, tapi tak de sapa pun cakap/invite aku .. nampak sangat aku dipinggirkan. hikhikhik). Bila ditanya bila nak join "the mummy's club", jawab tuan punya diri "insyaallah tawun depan aku start buat projek. skrg ni dok syiok bercinta cos b4 kawin tak dpt chance sgt". quote unquote. :P

Zieda keje as a PR & Communication Executive dengan Hyundai-Sime Darby Motors.

eh Zieda, aku upload gambar ko kahwin instead gambar yang ko kasi aku dalam email, sebab aku rasakan ko cantik sangat dalam gambar ni. So, I want to share it with others. ko tak kisahkan?



Wajah kesayangan hamba (16)

From Aishah Badaruddin (SO7)

Aishah, Achik + Iman

Nexttttt!

Yang kat atas tu gambar terbaru (ghaz: aku rasa ler .. Amy, ko boleh cam ke orang yang ko jumpa tadi kat canteen ngan gambar cek mek molek dalam gambar ni .. hikhik) Aishah, Azizi Aqmar @ Achik (S04) dan anak dorang, Mohd Iman Aqmar, 2 1/2 tahun.

Aishah keje engineer kat MIMOS. Achik lak kat Perodua.

Diaorang tinggal kat Sentul Pasar, KL.


Wajah kesayangan hamba (15)

From Hazianti Abdul Halim (NO3)

Email box aku dah penuh dengan response kengkawan. Cam ni la best. Keep them coming in.

Ok. Yang ni pulak aku terima email daripada Yanti (NO3) - classmate aku waktu time degree buat accounting kat UiTM. Scorer gila babas. Takutttt. Jangan korang tatau: Yanti ni First Class holder. Husband dia, Nizar (ghaz: Nizar kelas apa ek time ESL?). Kalau korang rajin baca entry lelama, budak2 cakap Nizar "RAJA BERAK". Ni lah orangnya. Pasai apa sampai dapat gelaran cam tu, korang baca sendiri ekk.

Yanti la ni kerja sebagai lecturer kat Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Nizar lak keje kat Securities Commission (ghaz: sejak bila lak ni?). Diorang tinggal mid-way antara Perak ngan KL, kat Bandar Bukit Beruntung, Rawang.

Dah ada anak seorang dah: Dania Yasmin - 2 tahun.


Yanti, Nizar, Dania Yasmin + anak buah dorang
(ghaz: semakin mengurang jer aku tengok rambut Nizar tu Yanti..)

Dania Yasmin bt Syahrul Nizar - 2 tahun

NO5 In Memories

Mas Aida aka Kodeng ada hantar banyak gak gambar2 time ESL a couple of days ago. Tapi, dia hantar dalam format yang berbeza sikit. So, nak kena mintak Kodeng re-send gambar2 tu. Skrang ni rasanya si Kodeng kat Indon kot. Gi jalan2 cari makan kat sana ngan parents dia. So, tunggu ekkkkk. Aku upload sekeping dulu. Kalau kualiti gambar kureeeeng skit, maaf ekk.

By the way, korang masih ada simpan gambar formal ESL macam yang kat bawah ni tak. Gambar yang kitaorang (ghaz: teringat zaman2 gila kuasa aku dulu .. zaman apple and chocoloate dedication .. zaman song dedication .. zaman 1sen collection) ambik untuk magazine ESL tu dulu. Kalau ada, please scan and forward it to me atau Mary untuk dipublishkan kat sini.

Here we go: NO5 in memories.

Diri kiri: izwa, elly, mas, oja, normi, miza, mie, ninie, sandra, yem, hiemash, alynn, shan, myza

Duduk kiri: radin, saiful, arwah Jefry, arwah Bob, mrs sarah, hafiz, yusry, al-jep, hasry

Al-Fatihah to arwah Mohd Jefry & Arwah Bob



Wajah kesayangan hamba (14)

From Zieda Yazid (NO1)


As promised, here are some pix of my wedding with some ADPians sebagai kenangan ...


(from left standing): Nani (Ijan’s now wife), Aishah, Fiza (Kazarul’s wife – betul tak nama dia Ka?), mr. Kazarul himself, bride&groom, Hanim (Azrul’s wifey), Azrul Sani Ibrahim J, baby Alif (betul ke nama anak ko?), Imran (squinting), bini Nik (thousand apologies aku tak ingat nama bini ko Nik, tak salah aku Irma kot)

(from right sitting): Nik Fadzli Nik Zid with 2 kids, Ijan gemuk, Achik gemuks and child, Wakrin kedinks.

(from left) Aje, Wan Shahreen, Zied, Kayun, Sonya


ingat tak budak ni? She’s now dating my good fren, Azrul.
Hopefully their courting goes to the jinjang pelamin - insyaallah.


zieda says: I would like to apologise in advance for the nicknames I’ve created myself hehe
ghaz says: nanti aku suruh mary reupload kasi gambar besaq sikit.


Wajah kesayangan hamba (13)

From Mohd Kamaruddin Abd. Hamid/Din Sabah (SO5)
ghaz: padan la linda tak kenal hang. hang kelas lain. aparaaa labu! ampun linda. din salah kasi informasi



Ni pulak daripada Din Sabah. Bagi yang dah ingat2 lupa, ni nak habaqqq mai: yang kat tagboard Kamadean tu; ni la jejaka tampan tu. :P

Din sekarang kerja sebagai lecturer kat Universiti Teknologi Malaysia. Dah kahwin. Ngan junior ADP4 katanya. (ghaz: Tapi cam ner aku tak pernah terperasan pun isteri dia ni.) Dan, dah ada seorang anak dah. Hero. Namanya Muhammad Afiq Zakwan.


Muhammad Afiq Zakwan (2 tahun)

Aku tengah layan Afiq main bola... time ni waktu demam worldcup lagi .....

Biasak le...lepas penat main bola......isap susu le....

My wife and son kat depan kota A Famosa

Thursday, August 03, 2006

Wajah kesayangan hamba (12)

From Amilia Abdul Hadi (NO3)


Hello..

Aku sgt happy sbb wujud mende nih..dulu kan kita ada kejap Circle of Friends..pastu web tu tutup.. hopefully, kita maintain le mende ni..seronok tengOk gambO2 semua.. happy..rasa rindu..rasa sebak..semua ada.. alah!! semua dah anak 2-3...aku belum ada lagik :(...tengah usaha..dan usaha lagi ehehhe..

aku takde gambar dlm softcopy la..yg ada gambar kahwin jekk..ni pun Myza yg ambikkan pastu burn dlm cd kasik hadiah ..ramai lagik budak ADP3 yg lain datang, wawa & sandra, yem & lan, julie (N05), myza (N05), rina & amadt, yan (N03), marina (N03), yus (N09 kut) & ucop (N03), Maff (N03)..ramai la..seronok! tapi takde gambar dgn diaorg..aku busy time tu maa..

Korang ingat aku lagi tak? :( ..penat je aku bebel tapi korang tak ingat..
(ghaz: ni kali ke 18 ko tanya, orang ingat ke ko atau tak .. ingat laa .. kawan2 still ingat ..betul. tak tipu.)

Ghaz and commitee member..thanks for initiating this.. i'm very glad!



Rosnah, Julie + Normi

With Myza

Myza, Julie, Normi, Shidah + Rosnah

x-ADP3 Biodata Form


Jangan lupa untuk download, isi dan kembalikan borang maklumat diri ni ek. Senang la nanti kitaorang nak set up database [ehem .. volunteers needed!] bekas2 pelajar ADP3 dan tahu berapa orang yang berminat nak hadiri ADP3 10th Year Reunion tahun depan nanti.

Jangan lupa, sertakan gambar sekali ek.

Dan, tolong passkan borang maklumat diri ni pada geng2 ADP3 yang lain.
Kalau malas bebenor, forwardkan email geng2 ADP3 tu pada aku.

CLICK HERE TO DOWNLOAD
x-ADP3 Biodata Form

Bagi pihak Organizing Committee, terima kasih pada semua.
Semoga persahabatan yang kita bina akan terus berkekalan. Insya Allah.

Wajah kesayangan hamba (11)

From Haryati Daud Heijn (NO1)


Terlebih rajin lak aku hari ini.

Aku upload 2 keping gambar terbaru kawan kita Yati/Yatt yang dikirimkan semalam kat aku. She's now in Vermont, USA. Dah kerja kat US sana, kahwin dan dah ada seorang anak perempuan: Arianna Amelie Heijn.

She promised to send us more pictures. Nanti, bila dah dapat aku upload kat sini ek.


Hot mummy

Arianna Amelie Heijn (1 tahun)








Wajah kesayangan hamba (10)

From Hiemash Erdawathy Binti Hussain (NO5)


Hiemash dah kirimkan gambar terbaru dia dan family dah 2-3 hari dah. Aku uploadkan temporarily, sebelum Mary upload gambar saiz besar.

Hiemash selalu ada kat blog ni. Antara pengunjung setia dah. Thanks Hiemash. Oh iya, dia katanya keje kat Menara Maybank, walaupun IP flag dia mengatakan dia kat US. :P

Happy to see you again, Hiemash. Jangan menghilangkan diri lagi tau ... susah nanti nak cari balik.


Muhammad Faris Imran ( 2 tahun)

anak ibu ..


Wajah kesayangan hamba (9)

From Nadiah Abdul Mukhti (NO2)



Ingat lagi tak pada si Nadiah ni. Kelas N02. Walaupun dia ni sebenarnya baik (terutamanya kalau korang buat groupwork ngan dia, boleh goyang kaki ooooo .. hikhik), tapi dulu2 dia cam cenge/garang sikit . Sekarang ni dia dah berubah dah. Dah semakin friendly dah. Almaklumlah, sekarang ni dia dah jadi businesswoman. Kalau garang2 mau semua client lari.

Aku baru tadi sembang ngan dia kat YM. Alhamdullilah, dia sihat. Dan, dia cakap kat aku baru ja buka business travel agency baru 1 July 2007 lepas. Nama company dia Sayu Travel & Tours Sdn Bhd. Kat Unit No. 19-11-1 Menara UOA, depan Aquaria KLCC. Kelasss kan location business dia ni. Nah, nombor telefon dia kalau korang ada hajat nak gi melancong ka cuti2 ka: 03-21611933 .. Mintak diskaun banyak2 sikit ... hikhik

Setakat mana yang kita boleh tolong kawan2, kita pakat2 la tolong. Kannn.

Nadiah tadi kongsi gambar family. Aku pun kongsi la ngan korang. Dia dah ada 3 orang anak. Semua lelaki. Dan, semua pun cute2.

Ada ka patut dia tanya aku, bila aku nak kawen? Bila tiba masa yang sesuai, nanti aku panggil press conference umumkan majlis tu .. buat masa sekarang, biarlah rahsia. :P


Yang ni, yang sulung: Muhammad Emir Danial

Anak no 2 ni, nama dia: Muhammad Emir Farhan

Bongsu of the three bros: Muhammad Emir Ezzat


p/s: gambar2 korang lain tu, nanti ek kitaorang upload. aku upload gambaq jadi kecik, tak best. kena tunggu Mary gak. cayunkk Mary. hikhik

Wednesday, August 02, 2006

Love is in the air ..

Some of us enter our first committed relationships during college. On one hand, romantic relationships can be wonderful, bringing out the best in two people. On the other, even the healthiest relationships will have times when things are complicated, confusing, and challenging.

While the early days of a relationship are often effortless and exciting, successful long-term relationships involve ongoing effort and compromise by both partners. Some end up tying the knot, some are not...

Here are the list of ADP3 couples that 'make it' :)

  1. Lan Daniel & Yem
  2. Sazalinsyah & Hanum
  3. Syuk @ E & Aida
  4. Ayam & Kak Dila
  5. Ihsan & Ayu
  6. Abang Matt @ Hadi & Farah
  7. Azwar & Sandra
  8. Alfian @ Jawa & Wan
  9. Ahmad & Rina
  10. Achik & Aisyah
  11. Arwah Jeff & Nona
  12. Nizar & Yanti
  13. Wak Jai/Rizal & Zaini
  14. Siti Nasibah & Azri
  15. Haizam & Shan (updated!)
  16. Najib & Miza (updated!)
  17. Ghaz and nyaris2 Junior ADP ..he..he.. Ghaz soh letak jugak.. dia kata semua entry kena promo dia ..:P jgn marah boss … (ghaz: ewah ewah ewaaaah ...)

Maybe there’s more.. sorry tak ingat semua..or maybe those whose love blooms after college days like... Punai @ Afif & Alida (is that her name..somebody correct me please..) …

  • Balinda & Mohd Azrul Kamal Mohd Wahi (tu diaa .. full name tu .. hikhik) @ Alon
  • Yusof & Yusrina (updated!)

So, feel free to add to the list..


~~ inspired by ET’s entry about adik beradik ADP3 list

Tuesday, August 01, 2006

Memories

I dunno whether i should publish it as a public document (macam buku pasal jambatan bengkok tu), but i think this would be a good reading for all of you guys.. This was a compilation of few e-mails on the things they remembered during our time at PPP/ITM.. Enjoy..

From Azrul Sani..

aku baru habis meeting....
busan gilaaaa....
so masa meeting tadi aku jot down some of the memories masa kita kat PPP dulu....
ada banyak sebnarnya tapi ni je yg sempat aku jot down....
actually ni mostly pasal bebudak bilik aku and wakrin....
kalo rasa korang takde kena mengena terpulang la nak baca ke tidak....

1. achik pakai kasut hitam berkilat masa riadah petang hari first MSR 1995 :)

2. kita pegi konsert merdeka 1995, kononnya malam tu lepas konsert nak balik jalan kaki sampai melawati, tapi tak sampai separuh jalan dah naik bas mini

3. kazarul salu ajak aku study lewat. siap beli malta bertin-tin. belakang dia yang tido dulu. bangun lambat plak tu.

4. kita naik keta kazarul sampai 8 orang masa pg semayang jumaat

5. ihsan mengigau sampai nak cium aku sambil sebut nama ayu

6. gelabah bila bangun lambat masa nak pegi kelas. tapi takleh mandi sebab ihsan tgh basuh baju.

7. achik sesat tak jumpa kereta masa balik dari final piala malaysia. pukul 4 pagi baru jumpa dia. pastu siap2 marah sebab tunggu lama sampai rokok dia abis. kitorang datang amik tu dah bagus dah tau chik.

8. ada sekali tu masa kat uptown, imran ada tanya satu soalan. 'sebab apa orang selalu kata keldai bodoh?' semua orang tatau. last2 dia kata jawapan dia sebab keldai buat bunyi hee-hoo. sampai sekarang aku tak bleh paham logik dia.

9. aku dgn wakrin curik ais & daging burger kat gerai along.

10. masa takde duit selalu tipu bas kunyit masa nak bayar tambang. tak bayar pon. cuma stakat kasi bunyi duit syiling je.

11. kita tido kat tangga lrt bas stand pekeliling masa nak pegi taman negara

12. masa mandi kat taman negara nik sorang je yang mandi kat tempat 'dalam'

13. achik kantoi tak pose sbb lupa buang plastik maggi

14. nik tersangkut dekat pagar masa nak fly keluar

15. masa blackout, ramai2 pegi dekat tingkap and jerit 'tesl bapukkk', 'a level bodohh'. last2 bila suma dah senyap ada plak satu suara je rit ' nik pendekkk'. mengamuk mamat tu :)

16. wan semayang hajat sebab selipar dia hilang.

17. ada sekali tu masa on the way balik dari overnight. imran sakit perut gila2 punya. nik saje je drive lambat2. siap pusing roundabout sek 19 3 kali tu. aku rasa imran dah tercirit dah sket kot :))

18. kena marah dgn pak guard sbb bilik kita bising sgt masa black out. bukan buat apa pon kita ABC. rupanya satu kolej dgr suara kita.

19. achik kencing dalam sink. cisss

20. kazarul & nik la orang paling malas basuh tandas. achik pon sama.

21. lupa kejut nik masa orang datang fogging bilik

22. lari masa budak2 tabligh datang bilik. tinggal la kazarul dgn towel dgr orang tu bagi tazkirah

23. wan beli torchlight dolphin semata2 nak main lampu dgn budak pompuan. tak sampai 5 minit main lampu benda alah tu dah rosak.

24. arwah bob pegi serang orang tunjuk perasaan masa open day. padahal orang tu buat demo je. tak pasal2 mamat tu kena buah kunci.

25. wakrin jatuhkan motosikal kat kafe. bukan setakat motor dia je yang jatuh. motor2 lain2 pon sama jatuh cam domino. pastu dia buat tak paham je. terus blah.

26. arwah bob & pian buat weely kat bumper kolej siswi. pastu jatuh tergolek. masa open day plak tu. yg best tu motor dia tinggal camtu je.

27. ada sekali masa bulan pose. kazarul & wan rosakkan lampu lip-lap yg din beli. din punya muncung tuhan je la yang tau. wan & kazarul tersengih je. takut la tuu

28. nik ajak fly ikut longkang kat past guard belakang. dia masuk dulu. dah sampai separuh badan dah. last2 budak2 ni kata tak nak la nik. terus pegi carik lubang lain. tinggal la nik dalam longkang tu.

29. ihsan buat april fool joke kat ayu. dia kata nak clash. ayu mati2 percaya dgn nangis2 suma cukup la. bila ihsan kata kata april fool. ayu tak percaya. baru la ihsan gelabah. last2 ehsan pon nangis sekali.

30. tiap2 hari bila sampai kelas. benda 1st nizar buat ialah pegi berak.


tu je la stakat ni. hopefully bleh refresh balik friendship kita semua.

From Nik Fadzli..

aku nak tambah sket...

31. Kucing berak kat katil Kaza, pas tu dia malas basuh terus buangcadar tu

32. Wan tasbih 1,000 every night. Tapi kejap je...penat kot

33. Kaza selalu set alarm clock nak bangun awal konon, last2 dia takbangunaku pulak yg kena off kan alarm tu. Kalau aku tido bawah ok, ni dariatas nak turun bawah...arrghhh

34. Wak Rin masa puasa tido dari sahur terus sampai berbuka!

35. Acik nak cilok naik motor kat pagar belakang pak guard house tapi tersangkut plak...

36. Tengok Acik masuk dari pagar belakang pak guard house dari bilikhostel (403), aku timed lepas 3 minutes dia baru sampai kat depan kafe!!

AZRUL, ACIK, KAZA, WAKRIN,IMRAN, IHSAN...THANK YOU SO MUCH FOR THE SWEETMEMORIES!

and lastly,

From Kazarul...

Lambat pulak reply... Baru masuk.... Nie aku punyer tambahan...

37. ada sekali tue masa overnight hingga pagi jumaat.... Ader lersahabat yang tertido masa semayang subuh kat masjid negara... Yer la....Surah sejadah ler katakan...

38. aku rosakkan laptop azrul.... Niat baik wooo.... Aku gi copy antivirus from A lab.... Mana ler aku tau benda tue being protected...Sorry lah...

39. masa graduation from ESL... Nik buat cas power cilok kereta kat federal highway to KGSAAS.... Nasib baik tak kojol 6 makhluk dalam tue...

40. wakrin punya handphone kena cilok kat chowkit..... Hehehe... Buatbaik berpada-pada....

41. azrul banker utama kengkawan... Terutama mereka yang berkecimpung secara serius dalam bidang mesin kuda....

42. azrul dan wakrin pelanggan utama aku bila nak overnight..... Time pukul 8 tue semua muka imposter biler time study... Walhal tunggu aku bagi signal nak keluar jer...

43. lepas tue ayop ganti korang jadik pelanggan aku naik keta sebab selalu main snooker...

44. I missed nearly 3 years daripada para sahabat.... Sebab sibuk bercinta... Hampeh.... Korang tau aku buat silap tapi tak sorang punyang nak tegur..... Dah ranap baru ler korang nak bersuara....Heheheh... Tue ler sahabat...

45. masa sentry session kat freaser hill, imran dengar bunyi benda bising pukul 3 pagi.... Siap boley bagi signal tanya whether benda tue rettle snake ker?..... Wwwaaaa so far lah the snake travel....

46. azrul pernah bagi nasihat kat aku...."penyakit jangan dicari.." masa time arwah bob and azhar nampak hantu kat hutan simpan belum....

47. nizar menjadi sahabat sejati aku biler time camping..... Raja jambanlah katakan...

48. imran mengamuk 2 kali dalam sejarah.... 1) masa azrul tutup winampkat bilik sebelah yang sedang didengari oleh imran... 2) dia mengamuk ngan nik masa kat hutan simpan belum 2nd trip sebab pemalas ya Rabbi....

49. nik and achik muka pucat masa gi hutan simpan belum 2nd trip sebab dah terlalu pancit... Siap buat statement.. "takpelah korang teruskan dulu, tinggalkan aku.... Nanti aku follow..." .... Cheh, takkan hero nak tinggalkan yang lemah...

50. aku nampak ihsan+ayu, ijam+farah.... Kena lecture kat pondok pakguard sebab dating kat public...

51. nik was the only stud from our batch yang submit borang kuning(kebenaran untuk pulang)masa weekend lepas msr.... Macam siswi pulak....

52. zied jadik geng gelak kat nz selepas melalui suatu sesi kekecewaan bercinta.....

53. kita berjaya mengadakan sesi bebuka puasa kat shrooms 2004.....Walaupun sapa korang.... Takde hal punya lah.... Janji korang pernah pakai matrik kad PPP... And pernah nampak / pakai baju "Living in the fast lane".... You guys are welcome.... This year kat mana hah?

Wassalam...

To those who were involved or being mentioned in this entry, please don't sue me.. hehehehe..

Sunday, July 30, 2006

Al-Fatihah II

Allahyarham Jeff dan Allahyarham Bob


Baru tadi dapat email daripada Mas Aida aka Kodeng. Dalam emailnya, Kodeng memperingatkan aku bahawa bukan seorang, tetapi sudah dua orang teman ADP3 kita yang telah kembali ke Rahmatullah: Allahyarham Jeffry Rahim @ Jeff dan Allahyarham Mahrizal Ashari @ Bob. Kedua-dua mereka dari kelas NO5.

(Maaf, aku tak pasti punca kematian mereka berdua ini.)

Updated:
Izwa (plus Kodeng): "Allahyarham Jep accident masa travel dengan colleague dia (kat Tapah). Dia duduk sebelah seat driver. Yg lain dalam keta selamat."

From Suffian @ Hucs: Allahyarham Bob meninggal dunia berpunca dari "kideny probelm since 2000 lagi"

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah sambil mendoakan agar roh-roh mereka berdua dirahmatiNYA dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-FATIHAH