ADP3 REUNION: there is always a first time

Thursday, September 28, 2006

Announcement Lagi
- DEBSIS Yan '96/ Sedili '97


Ada sesiapa yang nak join tak, kalau kita organize ke dua2 kampung angkat ni. Of courselah, not in the same year. Rasa cam teringin la pulak nak balik ke kampung angkat ni after 10-11 years. Boleh balik ke kampung dengan anak bini/suami. Aku sendiri pun dah lost contact sangat2; tp kalau kita pergi as a group, tak ler rasa kekok sangat kan. Kat Sedili tu pun ada resort, sama gak ngan kat Yan tu.

Any takers?

De good old days : Dinner ADP3 1997

Okie. here are some pics in my collection masa time kita dinner adp3 dulu.. time paling last kita were together. Watch out for Part II : masa kita commencement... ari tuh balik kpg i tak sempat nak cari gambar yg kita sumer in group tuh... sigh. if korang ada pls email me ye... i miss all of you honestly ~ mary



























TAZKIRAH RAMADHAN KESAYANGAN HAMBA

Sapa kat sini yakin yang malam ni dia tak mati?

Or Sapa kat sini yakin yang esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan dia tak duduk dalam kubur sorang2?

Ok..since semua takde angkat tangan, aku assume semua yakin yang BILA2 pun kita boleh mati..

Wokkeh…(senang sikit nak citer)
TOPIC : Jangan lalai dari ingat Allah walau sesaat
(untuk muslim sebab ni bulan puasa, so aku amik kesempatan sikit…non muslim nak baca takde salahnye, kalau konpius boleh tanya ghaz the Edwardian)

Bismillahirrahmanirrahim…

Kita dah tau mati itu satu proses....nak tak nak, sedia tak sedia, kita
akan melalui prosess itu.....cepat atau lambat, giliran kita dah ditentukan.
Maka akan bermula hidup baru dan bermula satu perjalan yang kekal abadi..(Kalau aku rasa zaman ADP tu dah lama, yang I lagi infiniti lamanye)
Perjalan baru ni, yang kekal abadi ni akan berbekalkan amalan kita di dunia (sekarang) - kalau ikut analogi, kita
tengah buat bekal la ni…..cukup ke bekal aku?

Contoh 1:
Masa kecik2, perjalanan kita ke sekolah….kejap je..beberapa jam je..
Itupun mak dah risau..cukup ke bekal kamu? Nanti lapa nanti?
Tu tak pe la..ok lagi..sebab kalau abih pun bpetang dah balik umah emak…boleh makan..esok boleh renew bekal etc etc..

Contoh 2:
Aku nak travel around the world...kira paling lama lah tu...
Persiapan? Subhanallah..berbulan2....kalau tak cukup duit, mungkin makan tahun nak prepare, ye la nak pegi Disneyland lagi…macam2 la kan
Duit, duit, duit, tempat tido, duit , makanan, pakaian, dan segala2nya..
itu baru untuk round the world in 80 days tu.....
Teruk2 pun pokai, kena tahan, kena deport…..balik ke mesia balik..home sweet home

Cuba kalau masa perjalanan tu ABADI????
Selama-lamanya???
Cam ner nak bayang ek? sampai bila2 ...isk..payah betul nak imagine.
Berapa banyak kita nak packing? Cukup ke 30 tahun, 40? 50? 60?
Tolak keja, tolak naik keta, tolak karaoke, tolak tv, tolak tengok CSI, tolak tengok cerita2 desperate, tolak tengok MISTERI, tolak tido tak baca bismillah, tolak majlis buka puasa tak ingat dunia makan all-you-can-eat, tolak movie, tolak cakap tepon, tolak tengok bola, tolak update blog..tinggal la berapa je?? Cukup ke??


So…kenapa dan mengapa dan secara logik akalnye..
- aku boleh lagi tengok CSI? browse internet? dengar lagu?
- aku tahu bila2 aku boleh mati..aku yakin yang aku mungkin tak sempat berbuka hari ni pun..tak sempat nak tarawikh atau nak bertahajjud or nak qiamullail...tapi tak buat sebanyak-banyaknye
- secara logic akalnye, kita yakin dengan azab api neraka yang 70 kali ganda panas dari api kat bumi, aku tak bersungguh2 mintak jauh daripadanya

Kenapa? Kenapa? aku pun tak berapa nak sure..
Cuma yang aku tahu...mesti sebab tipu daya syaitan dah BERTAKHTA dan BERSARANG dalam hati aku...

Dipendekkan kan cerita, since ramadhan ni adalah madrasah untuk mensucikan hati..
Aku kena la pergunakan masa sebaik2 mungkin......
Dah hari ke 5...dah 5 hari aku terbazir sebab tak buat ibadat sampai
bersengkang mata..nak bangun malam pun terlajak...haw haw haw..
beraat je mata...

Tapi kita dah diberi masa.....
- ada shortcut dan bonus point lagi - contoh malam lailatulqadar)
- tinggal kita je nak doa agar jumpa malam tu, malam yang lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan) dengan amal ibadat yang ikhlas


RUGINYE....kalau “miss the boat”(phrase waktu berada dalam madrasah aku perasan nak ke amerika)

Tapi takpe lagi rugi sekarang..masih ada can.. (read:chance)
Kalau nak tau RUGI yang SEBENAR2 RUGI..bila dah duduk dalam
kubur sorang2 nanti.......bila 'malam pertama' bersama mungkar dan
nangkir..bila kena palu dan bantai, dan gertak dan macam2 lagi..

Tapi masa tu dah terlambat...saat nadi masih berdenyut.. grablah sebaik mungkin kesempatan.....

Maka - bertaubatlah, beristighafar lah dengan sebanyak banyak banyak banyaknye sehingga melebihai lemon2 yang melimpah dalam iklan tv tu...
Mintak dijauhkan dari azab kubur dan api neraka...dan api neraka..dan api neraka
ASTAGHFIRULLAHALAZIM.....

Ada orang kata, I am a MUSLIM. Iman sebesar zarah pun boleh masuk syurga..walaupun banyak dosa..
AKu kata, ye benarrrr… tapi:

Pertama : Mana kita tau iman kita sebesar zarah? Macam mana dugaan masa sakaratul maut…? Dugaan yang paling hebat. Jeneral syaitan datang kacau (bestnye mati bulan ramadhan, jeneral kena ikat) Nauzubillah...
Aku dah prepare ke nak tangkis?
Macam mana nak prepare?? Perbaiki iman sentiasa, Jangan tinggalkan ibadat fardhu, jangan tinggalkan ibadat solat muakkad, banyakkan solat2 sunat, ibadat2 sunat ‘kecil’ (kecil bak kata sesetengah orang, kalau dia nampak macam mana sunat kecil ni boleh hapuskan dosa2 kecil dia yang lain..mesti tak tinggal punyelah)

Kedua :
Ye boleh masuk syurga..tapi kena masuk neraka dulu beb….Ada berani? Aku pengecut bab ni ...


Ghaz the Edwardian, jgn delete ni…tak baik delete tazkirah..it’s a free country and free web…but Allah tak bagi ni’mat utk free2 je….

Sekian lagi sekali dari aku yang agak free…

Masih belum lambat buat kami, rakan2 ADP3, mengucapkan

buat Badrul Hisyam serta famili

atas kelahiran puteri yang disayangi

Batrisya Humaira bt. Badrul Hisyam


Announcement

  • I'm back. Terima kasih kepada semua yang begitu concern. Onn yang memberi nasihat. Munzir yang call dari Birmingham. Amy yang sms. Maff yang email. Aje, Kodeng, Mary yang YM. Dan, lain2 yang bertanyakan khabar. Let's just say, it was a personal matter dan it was not meant for me to seek cheap publicity, here or anywhere. Terima kasih daun keladi kerana memahami.
  • Untuk update diri serta keluarga, sila emailkan kepada aku. Sertakan gambar sekali. Tak de gambar, aku spam email korang 100 kali sampai dapat gambar!
  • Untuk yang nak arrange small gathering berbuka puasa, boleh provide details (if it is meant as an open invitation) dan aku akan publish kat sini soonest possible.
  • Untuk ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" dan invitation untuk open house sempena hari raya nanti, sila emailkan kat aku juga. Boleh aku publishkan kat sini. Bagi ucapan Selamat Hari Raya, sekiranya boleh serta sekali gambar korang. Nak publish a la dalam paper.
  • Bagi yang belum mengisi Borang Biodata x-ADP3, sila isi dan hantar ke email yang ada dalam borang tu.
  • Please join me to welcome adik2 ADP4 dan ADP5 yang turut sudi melawat blog kita ni. Buatlah macam rumah korang jugak. We are one big family, after all.

Sedekad Yang Telah Berlalu ...

So, aku start life aku sebagai student IPT in May (Ghaz: June, actually) 1995 kat PPP/ITM Shah Alam.. in American Degree Programme batch ADP3..and made new friends..friends yg masih wujud dlm hidup aku sekarang walaupun dah 10 tahun berlalu..dah sedekad..thanks friends for still putting up with me, you know who you are!

Want to read more? Click the banner below.



Wajah kesayangan hamba (38)

From Nadhrah Abdul Rahman (NO3)

Some of you maybe tahu and kenal aku dgn panggilan Nut. Aku dulu NO3 .. roomies aku always and 4eva the divas Nana, Farah, Yatie, Aida & Hanis .. then tukar bilik masih geng yg sama except Yati & Aida bawa diri ke ITM .. so Munit joined us.

Now I am a grateful mama of 2 princesses: Yasmin (4) & Husna (2).. boleh le ngk gambar latest depa


Aku kawin 25 Disember 2001 with my x-schoolmate. Budak2 SMAPK tahu la siapa .. hehe.. Then 2002 my first daughter was born. Aku ngan hubby ni weekend couples masa tu sbb aku still keje KL while hubby keje kat tganu. Weekend je dia balik kejap. When Yasmin, my 1st daughter dah setahun, we decided to pindah tganu, kesian la kat dia membesar tanpa baba di sisi. Then the second daughther was born in 2004.

So now aku dah officially 3 thn as full-time housewife..yippee.. tapi kenkadang tu terasa gak nak keje balik..tapi nak buat cemana kat tganu ni job market tak menggalakkan.. maklum la aku ni dikira 'outsider'.

But next year insya-Allah hubby akan transfer ke kl..so aku maybe balik bermastautin di KL..and my fav area for 'home' is Ampang...dekat dgn my famili and famili in-laws..senang nak hantar these princesses kat atuk2 diorang sementara aku gi keje hahahaha..

So sapa2 yg nak drop umah aku meh la..nanti aku kompom dapat rumah aku kabor ye


It's nice to hear from all of us..and even nicer to meet you all soon! Sempena Bulan Ramadhan ni kayakan Ramadhan kali ini dgn keinsafan dan amalan soleh kerana ini bulan yg istimewa yg memberi peluang utk amal dan ibadah yg istimewa.

Selamat Berpuasa..semoga amalan kita diterimaNya

NO3

Seated: Yusof Mat, Saiful (?) Adnan, Mujibur Rahman (?), Aidi Yusri A Hamid, Mr Siew KS, Zulkurnain A Wahab, Munzir Ahmed, Nik (something ?), Kasrul Nazrin
Standing: Nadhrah A Rahman, ?, ?, ?, Aida Yuhaini Ahmad, ?, Hazrin Rashid, Amilia A Hadi, Mafiza A Rahman, Nurazlin Kamarudin, ?, ?, ?

p/s: kenapa dlm second picture ada azli azizan. yang dlm ni tak dak pulak.

(ghaz: tolong penuhkan listkan nama geng2 NO3 ni tak. nama betoi kalau boleh. kalau yang telah dilistkan, salah; mintak maaf banyak2. ingat2 lupa. thanks)



NO3 in Actions



Contributed by AmyNO3

Desa Bakti Siswa (DEBSIS) 1997
- Sedili, Kota Tinggi



Ijan's AUSU Project: Weekend at Cherating
sorry folks; salah tajuk tadi. thanks laila for the correction.


AjeReenaZack and Friends


Pictures contributed by AjeReenaZack

UPP Award Presentation Nite'

With Puan Hajjah Zainab Hashim, Coordinator UPP


Minggu Silatur Rahim (MSR) 1995

siapa simpan lagi baju batik MSR ni?

Pictures contributed by AjeReenaZack